Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday 23 June 2009

MAJLIS IBADAT KORBAN & AQIQAH PADA 08hb DECEMBER 2008




Mengendalikan Ibadat Korban dan Aqiqah tahun 2008 yang dianjurkan dan diungkayahkan bersama-sama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong/Jawatankuasa Takmir Masjid dan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Rendah Sungai Teraban, Kuala Belait pada 08hb December 2008 sampena sambutan Hari Raya Aidil Adaha, sebanyak
07 ekor Sapi dan 01 ekor Kambing telah di Korbankan dan termasok niat mereka yang Aqiqah sambutan majlis tersebut sangat-sangatlah mengalakkan hingga seramai lebeh 50 orang menyertainya termasok pendudok Kampong Sungai Teraban dan orang awam di Daerah Belait.

PERNAHKAH AWDA TERJUMPA LELAKI INI DIJALAN RAYA?



Ada diantara mereka yang terjumpa dijalan raya dari Bandar Seri Begawan ke Sempadan Sungai Tujuh Kuala Belait sekitar penghujung bulan Jun 2009, nama beliau ialah Jeans Beliveau seorang rakyaat perancis dengan mendorong sebuah kereta beroda tiga yang berisikan sedikit makanan/ubat-ubatan dan kem untok beliau berehat, pada bulan Ogos tahun 2000 sekitar jam 9:00 pagi beliau telah memulakan berjalan kaki dari Montreal Canada hingga tahun 2011.

Beliau tiba di Kuala Belait pada 18hb Jun 2009 dalam rangka meneruskan perjalanan ke Sepadan Sungai Tujuh untok menuju kedistanasi saterusnya perjalanan ke Kuching, Sarawak
dan ke Singapore/Indonesia/Australia/New Zealand dan ke Canada, beliau berjalan kaki yang akan melimpasi sebanyak 66 buah negara, diseluruh dunia, dan dijangka akan sampai di Montreal, Canada dalam tahun 2011 akan datang.

KARNIVAL PESTA KIKIK PERPADUAN tahun 2008 DIMENARA MCK








Mengendalikan PESTA KIKIK PERPADUAN bagi sambutan HARI KEBANGSAAN NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM bagi tahun 2008, bertempat di Taman Menara Cendera Kenangan 01hb March 2008