Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Saturday 14 May 2011

LAWATAN BIRO WANITA MPK KG PUNI & KG UJONG JALAN, TEMBURONG PADA 13 5 2011

Memperkenalkan produk-produk keluaran Biro Wanita MPK Kampong Sungai Teraban kepada pelawat daripada Biro Wanita Daerah Temburong.

Produk Kampong dari Biro Wanita Kg Sg Teraban saperti Snek Ikan/Ikan Masin/Dodol/kueh-kueh Kering/Ikan-Ikan Kering/Sesagun Biskut beraneka rasa dan sebagainya.

Menerima cendera hati daripada Ketua rombongan pelawat daripada Biro Wanita Daerah Temburong yang diterima oleh Ketua Biro Wanita Kampong Sungai Teraban Dyg Noreliena Bte Abdullah.


Bergambar kenangan beramai-ramai bersama Biro Wanita Daerah Temburong dengan Biro Wanita Kampong Sungai Teraban bersama-sama dengan Ketua Kampong Sungai Teraban YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara bertempat di Pusat Aktiviti Produk kampong di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

Friday 6 May 2011

MENYERTAI BAZZAR JUALAN HASIL PRODUK MUKIM DAN KAMPONG 6 MEI 2011


Bersama-sama Ketua Kampong Sungai Teraban YM. Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara.


Suasana gerai Biro Wanita Kampong Sungai Teraban yang menyertai jualan Bazzar jualan produk Mukim dan Kmpong bertempat di kawasan letak kereta Soon Lee Mega Mart Pandan Tujuh, Kuala Belait Bazzar pada hari tersebut telah dirasmikan oleh tuan Pegawai Daerah Belait, Bazzar jualan tersebut telah diadakan selama 03 hari berturut-turut.

LAWATAN BIRO WANITA KG SENUKUH, TEMBURONG PADA 6 5 2011


Melayani pelawat-pelawat dari Daerah Temburong yang membeli hasil produk Biro Wanita Kampong Sungai Teraban


Mendengan sedikit taklimat ringkas daripada Ketua Kampong Sungai Teraban


Lebeh kurang seramai 25 orang penduduk Kampong Senukuh dari Temburong termasok Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan dan Biro Wanita Kampong tersebut telah mengadakan lawatan muhibah sambil belajar ke Daerah Belait termasok aturcaranya melawat ke Balai Raya iaitu salah satu tempat pusat tempat aktiviti Biro Wanita Kampong Sungai Teraban membuat kerja-kerja mereka untuk hasil produk daripada hasil tangkapan laut, lawatan tersebut disertai sama oleh Pegawai Daerah Belait dan Isteri.