Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Friday 18 November 2011

PESTA MEMANCING ANJURAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH BELAIT PADA 13 11 2011

     Jabatan Radio Televisyen Brunei membuat rakaman suasana Pesta Memancing pada pagi tersebut.

                               foto suasana memancing di Sungai Belait, Kampong Sungai Teraban.

 
       Diantara penduduk Kampong yang ikut meramaikan temasya Pesta Memancing pada hari tersebut

                                       Peserta memancing mencuba nasib mereka masing-masing

Pegawai di Pusat Pengajian Islam yang menganjurkan Pesta Memancing pada hari tersebut juga turut mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung di Pondok Riadah, Kampong Sungai Teraban.

LAWATAN PESERTA BENGKEL PRODUK KAMPONG BERSAMA MR ASAKI SHOICHI DARI JEPUN

Wakil daripada Biro Wanita Kampong Sungai Teraban Dyg Normah Bte Hj Md Alli menerangkan sesuatu kepada pihak Radio Televisyen Brunei mengenai dengan hasil produk-produk Kampong Sungai Teraban.

Diantara peserta-peserta yang mengikuti rombongan tersebut iaitu daripada Biro Wanita seluruh negara yang telah menyertai Kursus Bengkel Satu Produk Satu Kampong selama 09 hari iaitu di Bandar Seri Begawan, dalam rangka lawatan sambil belajar dan bertukar-tukar pengalaman mengenai usaha masing-masing.

Tuan Asahi Shoichi daripada Jepun menerangkan sesuatu kepada jurubahasa beliau untuk disampaikan kepada Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, yang diperhatikan oleh beberapa orang pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ketika membuat kunjungan ke Pusat Aktiviti Kerja, Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

                                                  Menerangkan sesuatu kepada Biro Wanita

Bergambar kenangan dengan kumpulan Biro Wanita Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait bersama tuan Asahi Shoichi dari Jepun, Penghulu Mukim Belait dan Ketua Kampong Sungai Teraban.pada 17/11/2011.

MAJLIS BERDIKIR BIRO WANITA KG SG TERABAN 11 11 2011

                                 Kumpulan Dikir Biro Wanita Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait

        Suasana majlis berdikir bertempat di salah sebuah keluarga ahlinya yang melangsungkan perkahwinan

                                         Bergambar ramai kenangan dengan pasangan pengantin.



IBADAT KORBAN DAN AQIQAH MASJID KG SG TERABAN 1432H/2011M. 7Nov 2011


Menumbangkan binatang Korban seekor Kerbau untuk di sembeleh di pekarangan kawasan Masjid Kampong Sungai Teraban, pada pagi Hari Raya Aidil Adaha salepas menunaikan Sembahyang Sunat Aidil Adaha 1432H.

Doa selamat di bacakan oleh Tuan Imam, Hj Omarali bin Hj Md Husain, Imam Masjid Kampong Sungai Teraban.bersama-sama ahli jawatankuasa dan penduduk Kampong.

                                                 Suasana penyembelehan binatang Korban

Muslimah Masjid bergotong royong mengerjakan daging-daging korban untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin dan penduduk kampong yang ada.Pada tahun ini sebanyak 03 ekor Kerbau telah di Korban dan di Aqiqahkan.Majlis diungkayahkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong, Muslimah Masjid, Jawatankuasa Persatuan SUTERA, Jemaah-Jemaah Masjid serta penduduk Kampong Sungai Teraban yang terlibat mengungkayahkanya.

Saturday 5 November 2011

THE EMPIRE HOTEL & COUNTRY CLUB, BRUNEI 3 NOV 2011


Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan YM.Datin Hjh Adina Binti Othman menunjukan sokongan YM Datin kepada program satu produk satu Kampong.


Petak pameran dan penjualan satu produk satu Kampong yang diadakan bertempat di THE EMPIRE HOTEL AND COUNTRY CLUB, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam


Bergambar kenangan bersama Pegawai Pentadbir di Jabatan Daerah Belait YM. Awg Morni Hj Zakaria serta BiroWanita Kampong Pandan C dan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait


Foto kenangan bersama YM. Datin Hajah Adina Binti Othman Timbalan Menteri di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.