Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday 15 February 2011

MENYERTAI PERARAKAN MAULUD NABI MUHAMMAD SAW BAGI DAERAH BELAIT 15Feb 2011



Menyertai Perarakan Maulud Nabi Muhamad SAW bagi Daerah Belait terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan SUTERA/Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban dan penduduk Kampong Sungai Teraban, bertempat Padang Bandaran Kuala Belait.

Friday 11 February 2011

PENYERAHAN BARANG2 ALAT KELENGKAPAN KEPERLUAN DAPUR


Penyerahan barang-barang keperluan alat kelengkapan dapur daripada pengurus Chow Sing Co Awang Ah Kaw. kepada jawatankuasa Biro Wanita kampong Sungai Teraban yang di saksikan oleh Pegawai Daerah Belait YM Awg Metusin Bin Orang Kaya Sura Hj Tuba. bertempat Balai Raya Kampong Sungai Teraban.

MEMBUAT BUBUR CACA SAMPENA BULAN RAMADHAN 2008


Biro Wanita Kampong Sungai Teraban pada Bulan Ramadhan tahun 2008 telah berjaya mengungkayahkan projek membuat Bubur Caca yang diagih2kan kepada seluruh penduduk Kampong Sungai Teraban, yang berugama Islam.

MAJLIS PENYERAHAN CENDERAMATA KEPADA KETUA KAMPONG SUNGAI TERABAN.


Majlis tersebut telah diadakan di Balai Raya Kampong Sungai Teraban, kuala Belait oleh Jawatankuasa penuntut dan guru Sekolah PTE Katok, Bandar Seri Begawan, kerana mendapat Johan pertandingan membuat perancangan projek kerja bagi penyelidikan pembangunan Kampong Sungai Teraban, yangmana projek kertas kerja sekolah tersebut telah mendapat tempat Pertama seluruh negara.

Penyampaian cenderamata berupa satu set alat Cordless Microphone dan 2set foto kerja-kerja mereka.Majlis tersebut diadakan pada: 04hb Februari 2011.

KURSUS FARDHU KIFAYAH MUSLIMAH MASJID KG SG TERABAN

Mengadakan Kursus Fardhu Kifayah yang dianjurkan oleh Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban, bagi mengendalikan cara-cara penyempurnaan jenazah bertempat Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait pada: 13hb Januari 2011.

LAWATAN KERJA PUTERI DIRAJA KE DAERAH BELAIT

Lawatan kerja YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AZEMAH NI'MATUL BOLKIAH DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI FADZILAH LUBABUL BULQIAH ke daerah Belait, bertempat di Dewan Serba Guna Kampong Pandan pada 18hb April 2009, foto kenangan bersama jawatankuasa  Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.