Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Monday 7 January 2013

MENYERTAI EKSPO PERTANIAN BERTEMPAT DI JERUDONG PARK AMPTHEATRE.

18hb November 2012 (Ahad)
Bersamaan: 04hb Muharram 1434H
Bertempat: Jerudong Park Amptheatre, Bandar Seri Begawan.


Menyertai Ekspo Pertanian dengan menjual produk-produk keluaran Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait. 

KURSUS FARDHU KIFAYAH SMPW KUALA BELAIT

23hb November 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 09hb Muharram 1434H
Bertempat: Dewan Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait.


Menghadiri bersama PIBG Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait bagi Kursus Fardhu Kifayah anjuran PIBG Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait, dalam 'Out Reach Programme' nya yang di adakan pada 23hb November 2012 bertempat di Dewan SMPW,, Pengrusus dalam program tersebut ialah Yang Mulia Tuan Imam Haji Ibrahim Bin Dollah.


 

LAWATAN SEKOLAH DA QIO DARIPADA SINGAPURA KE KG SG TERABAN

03hb November 2012 (Sabtu)
Bersamaan: 18hb Dzulhijjah 1433H
Bertempat: Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait



Lawatan sambil belajar bersama guru-guru dan murid daripada Sekolah St Margaret Seria dan beberapa orang guru serta murid daripada Sekolah DA QIO Singapura ke Pusat Aktiviti Satu Kampong Satu Produk Kampong Sungai Teraban pada 3hb November 2012, rombongan diketuai oleh Pengetua Sekolah St Magaret Seria.

                             Murid-murid menyaksikan cara-cara proses membuat Snek-Snek Ikan

 

IBADAT KORBAN HARI RAYA AIDIL ADAHA 1433H/2012M

26hb Oktober 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 10hb Zulhijjah 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait



Bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban dan penduduk Kampong bagi mengendalikan Majlis Ibadat Korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun 2012 bertempat di kawasan Masjid Kampong Sungaoi Teraban, Kuala Belait sebanyak 03 ekor Kerabau  telah di korbankan di majlis tersebut.


 

MAJLIS KORBAN YA-NUR TRADING SUPERMARKET

08hb September 2012 (Sabtu)
Bersamaan: 22hb Syawal 1433H
Bertempat: Ya-Nur Trading Supermarket, Kuala Belait


Menghadiri Majlis Hari Raya Aidil Adha/Qurban bertempat di Ya-Nur Trading Supermarket, Kuala Belait bagi pengagihan daging-daging Qurban yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Belait YM.Awg Haris bin Othman dan pengurus Ya-Nur YM Hj Shaikh Khalid bin Shaikh Hj Ahmad.


 

Friday 4 January 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL-FITRI JABATAN DAERAH BELAIT BERSAMA MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPONG DAERAH BELAIT 2012M/1433H

07hb September 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 21hb Syawal 1433H
Bertempat: Dewan Santap, Kuala Belait

 
Majlis perpisahan mantan Pegawai Daerah Belait dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Daerah Belait di selajurkan dengan Majlis Doa Selamat bagi pegawai-pegawai dan kakitangan yang akan menunaikan fardhu Haji 2012M/1433H Daerah Belait. Bertempat di Dewan Santap, Kuala Belait 07hb September 2012.

 
 

Thursday 3 January 2013

MAJLIS JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012


22hb Ogos 2012 (Rabu)
Bersamaan: 03hb Syawal 1433H
Bertempat: Istana Nurul Iman, Negara Brunei Darussalam.


Menyertai rombongan daripada Jabatan Daerah Belait bagi Majlis Junjung Ziarah ke hadapan Majlis KDYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012, rombongan di ketuai oleh Pegawai Daeah Belait.

.

ROMBONGAN BERTADARUS DARIPADA PEGAWAI2 KERAJAAN DAERAH BELAIT

01hb Ogos 2012 (Rabu)
Bersamaan: 14hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait


Menghadiri bersama bagi kedatangan rombongan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan Daerah Belait di Majlis Bertadarus Penutup Khatamal Al-Qura'an Sempena Bulan Suci Ramadhan, bersama jemaah Masjid, kampong Sungai Teraban.


MAJLIS KHATAMAL AL-QURA'AN MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN

16hb Ogos 2012 (Khamis)
Bersamaan: 28hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri Majlis Penutup Khatamal Al-Qura'an bagi jemaah Masjid Kampong Sungai Teraban dalam bulan Suci Ramadhan.




                      Belia-belia Masjid membaca ayat-ayat suci Al-Qura'an di majlis tersebut

Wednesday 2 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN KURNIA PERIBADI KDYMM SULTAN SEMPENA HARI RAYA

16hb Ogos 2012 (Khamis)
Bersamaan: 28hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Pusat Insani,Pekan Seria


Menghadiri Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kepada golongan tertentu bagi Daerah Belait yang disempurnakan oleh wakil peribadi Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sempena Hari Raya AidilFitri tahun 1433 Hijrah / 2012 Masehi, bertempat di Pusat Insani, Pekan Seria, pada Hari Khamis 27hb Ramadhan 1433 bersamaan 16hb Ogos 2012



BERTAHLIL DOA ARUAH DI KUBAH MAKAM DI RAJA, BATU SATU, SEMPENA BULAN SUCI RAMADHAN

13hb Ogos 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 25hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Bt 1, Kubah Makam Di Raja, Bandar Seri Begawan


Menyertai bersama rombongan Jabatan Daerah Belait dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertahlil di Makam Di Raja, Batu Satu, Bandar Seri Begawan sempena Bulan Suci Ramadhan.

MESYUARAT PERSEDIAAN MEMBUAT BUBUR CACA SEMPENA BULAN RAMADHAN UNTUK DISEDEKAHKAN KEPADA PENDUDUK KAMPONG

10hb Ogos 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 22hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait


mengendalikan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa dan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong mengenai dengan persediaan untuk membuat aktiviti BUBUR CACA yang akan disedekahkan kepada penduduk kampong Sungai Teraban.

MEMULAKAN MALAM QIAMULAIL, MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN

10hb Ogos 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 22hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

 
Memulakan Qiamulail bersama jemaah Masjid Kampong Sungai Teraban dan beberapa orang jemaah lelaki dan perempuan dari Daerah Belait, dan dilanjutkan pada hari-hari yang terpilih seterusnya.

MAJLIS KHATAMAL AL-QURA'AN 66 KALI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 66 TAHUN

04hb Ogos 2012 (Sabtu)
Bersamaan: 17hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan


Menghadiri bersama rombongan Pegawai Daerah Belait ke Istana Nurul Imam, Bandar Seri Begawan bagi menyaksikan Majlis tersebut. 
 

CERAMAH UGAMA MENJELANG SUNGKAI SEMPENA RAMADHAN ANJURAN SYARIKAT BRUNEI SHELL

31hb Julai 2012 (Selasa)
Bersamaan: 13hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait


Menghadiri Majlis Ceramah Ugama anjuran Syarikat Brunei Shell, penceramah khas daripada Pusat Dawaah Islamiah iaitu YM Ustaz Isham Bin Ismail



MAJLIS MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURA'AN BERAMAI-RAMAI 30 JUZ BAGI MUSLIMAH MASJID-MASJID DAERAH BELAIT YANG DIADAKAN DI MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN PADA 29 JULAI 2012M Bersamaan 09 RAMADHAN 1433H.

29hb Julai 2012 (Ahad)
Bersamaan: 9hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri Majlis Bertadarus Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Qur'aan beramai-ramai 30Juz, anjuran Muslimah, Masjid Kampong Sungai Teraban,



MAJLIS KHATAMAL AL-QURAAN BERAMAI-RAMAI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 66 TAHUN


26hb Julai 2012 (Khamis)
Bersamaan: 07hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait

Biro Wanita majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban ikut serta di Majlis Khatamal Al-Quraan beramai-ramai sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 66. Daerah Belait

PERTANDINGAN MUSABAQAH MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN BELIA


24hb Julai 2012 (Selasa)
Bersamaan: 05hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Zainab, Kampong Lumut

Menghadiri Majlis Pertandingan Musabaqah Membaca Al-Quraan Belia, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Kuala Belait yang diadakan di Masjid Zainab, Kampong Lumut Belait, Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Menteri di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Tuesday 1 January 2013

MESYUARAT BERSAMA PERSATUAN SUTERA

13hb Julai 2012M (Jumaat)
Bersamaan: 23hb Syaaban 1433H
Bertempat :Dewan Mini, Pusat Belia Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan SUTERA mengenai dengan perancangan aktiviti Persatuan, mesyuarat diadakan salepas menunaikan sembahyang fardhu Isyak.

MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM, KUALA BELAIT (MPM KB)

7hb Julai 2012M (Sabtu)
Bersamaan: 17hb Syaaban 1433H
Bertempat : Rumah gerakan Majlis Perundingan Mukim Kuala Belait.

Menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Kuala Belait mengenai dengan perancangan aktiviti MPM yang akan datang, majlis di Pengerusikan oleh Penghulu Mukim Belait YM Hj Pungut Bin Ali.

MAJLIS NISFU SYAABAN

4hb Julai 2012M (Rabu)
Bersamaan: 14hb Syaaban 1433H
Bertempat : Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri bersama di Majlis Nisfu Syaaban, salepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bertempat Masjid kampong Sungai Teraban.

MAJLIS PENGAGIHAN BUAH KURMA KURNIA PERIBADI KDYMM SULTAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 2012M

3hb Julai 2012M (Selasa)
Bersamaan: 13hb Syaaban 1433H
Bertempat : Dewan Cancelor Universiti Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan.

Menghadiri upacara majlis Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brinei Darussalam sempena sambutan Bulan Ramadhan tahun Mesihi 2012M.

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HUT KEPUTERAAN KDYMM SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 66 TAHUN /2012 BAGI DAERAH BELAIT, BERTEMPAT MENARA CENDERA KENANGAN KUALA BELAIT 1/JULAI/2012.

1hb Julai 2012M (Ahad)
Bersamaan: 11hb Syaaban 1433H
Bertempat : Menara Cendera Kenangan,Kuala Belait

Menghadiri Majlis Menaikan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke 66tahun. bagi Daerah Belait.
 
 





JUARA PERTANDINGAN MEMBACA AYAT-AYAT LAZIM SENEGARA

27hb Jun 2012M (Rabu)
Bersamaan: 07hb Syaaban 1433H
Bertempat : Masjid, Kampong Sengkurong, Bandar Seri Begawan

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait iaitu Dayang Liza Binti Hj Sahar yang mewakili daripada Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban telah mendapat Juara dipertandingan Membaca Surah dan Ayat-Ayat Lazim senegara yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid.

CERAMAH UGAMA SAMPENA SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ 21/6/2012.

21hb Jun 2012M (Khamis)
01hb Syaaban 1433H
Bertempat : Masjid, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri ceramah ugama di Masjid kampong Sungai Teraban, Kuala Belait, penceramah undangan daripada Pusat Dawaah Islamiah YM Tuan Ustaz Hj Zainal Abidin Bin Hj Awang Basar.





KEMPEN MENGIBAR BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

21hb Jun 2012M (Khamis)
01hb Syaaban 1433H
Bertempat : Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Majlis KEMPEN MENGIBAR BENDERA dan seterusnya Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk Kampong Sungai Teraban, sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke 66tahun telah disempurnakan oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Haji Abidin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di majlis tersebut lebeh dari lima puloh orang telah menerima Bendera Kebangsaan untuk dikibarkan dirumah masing-masing. hadir sama ialah Ahli Yang Berhormat AYB Tuan Hj Yussop Bin Hj Dulamin, Pegawai Daerah Belait dan Ketua Kampong Sungai Teraban 

MESYUARAT AJK DAN BIRO WANITA KG SUNGAI TERABAN

15hb Jun 2012M (Jumaat)
25h Rejab 1433H
Bertempat : Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mesyuarat khas mengenai dengan persediaan dan aturcara bagi Majlis Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei  Darussalam di Kampong Sungai Teraban.

MESYUARAT AJK MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM PERTAMA

10hb Jun 2012M (Ahad)
Bersamaan: 20hb Rejab 1433H
Bertempat: Dewan Qiyadah, Pejabat Daerah, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim, Kuala Belait mengenai dengan perlantikan nama jawatan-jawatan dan tugas masing-masing yang akan dipegang oleh mereka yang telah dilantik sebelumnya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Daerah Belait yang telah dilantik dahulu.

 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA OLEH PERSATUAN SUTERA

08hb Jun 2012M ( Jumaat)
Bersamaan: 18hb Rejab 1433H
Bertempat: Kampong Mumong, Kuala Belait.

Menghadiri bersama Jawatankuasa Persatuan SUTERA bagi majlis menyumbangkan sumbangan derma berupa barang-barang makanan dan minuman untuk disedekahkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal di Kampong Mumong, Kuala Belait, hadir bersama ialah beberapa orang Ahli Jawatankuasa dan Biro Wanita kampong Mumong.

MESYUARAT PEMBUBARAN & PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM KUALA BELAIT

31hb Mei 2012M (Khamis)
Bersamaan: 10hb Rejab 1433H
Bertempat : Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat pembubaran Ahli Jawatankuasa yang lama dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Daerah Belait yang baru, didalam mesyuarat tersebut beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban telah terlantik bagi menjawat sebagai Ahli Jawatankuasa.

MESYUARAT BERSAMA PEGAWAI DI JABATAN PENERANGAN, KUALA BELAIT

29hb Mei 2012(Selasa)
Bersamaan: 08 Rejab 1433bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mesyuarat bersama beberapa orang Pegawai dari Jabatan Penerangan, Kuala Belait mengenai dengan Majlis Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk-penduduk kampong Sungai Teraban, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

MESYUARAT BERSAMA BIRO WANITA (SATU KG 1PRODUK)

26hb May 2012M (Sabtu)
05hb Rejab 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mengendalikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Biro Wanita mengenai dengan persediaan membuat projek fish ball,nugget ikan dan kek ikan untuk program 1Kampong 1 Produk yang dihasratkan oleh kerajaan KDYMM Sultan, bagi tahun hadapan.

MESYUARAT MENGENDALIKAN HARI KELUARGA


26hb April 2012M ( Khamis)
Bersamaan 05hb Jamadilakhir 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat bersama Pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait mengenai dengan projek mengendalikan Sambutan Hari Keluarga peringkat Daerah Belait bertempat di Pusat Belia, Jalan Binga Rambai, Kuala Belait.