Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Wednesday 2 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN KURNIA PERIBADI KDYMM SULTAN SEMPENA HARI RAYA

16hb Ogos 2012 (Khamis)
Bersamaan: 28hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Pusat Insani,Pekan Seria


Menghadiri Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kepada golongan tertentu bagi Daerah Belait yang disempurnakan oleh wakil peribadi Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sempena Hari Raya AidilFitri tahun 1433 Hijrah / 2012 Masehi, bertempat di Pusat Insani, Pekan Seria, pada Hari Khamis 27hb Ramadhan 1433 bersamaan 16hb Ogos 2012



BERTAHLIL DOA ARUAH DI KUBAH MAKAM DI RAJA, BATU SATU, SEMPENA BULAN SUCI RAMADHAN

13hb Ogos 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 25hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Bt 1, Kubah Makam Di Raja, Bandar Seri Begawan


Menyertai bersama rombongan Jabatan Daerah Belait dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertahlil di Makam Di Raja, Batu Satu, Bandar Seri Begawan sempena Bulan Suci Ramadhan.

MESYUARAT PERSEDIAAN MEMBUAT BUBUR CACA SEMPENA BULAN RAMADHAN UNTUK DISEDEKAHKAN KEPADA PENDUDUK KAMPONG

10hb Ogos 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 22hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait


mengendalikan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa dan Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong mengenai dengan persediaan untuk membuat aktiviti BUBUR CACA yang akan disedekahkan kepada penduduk kampong Sungai Teraban.

MEMULAKAN MALAM QIAMULAIL, MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN

10hb Ogos 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 22hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

 
Memulakan Qiamulail bersama jemaah Masjid Kampong Sungai Teraban dan beberapa orang jemaah lelaki dan perempuan dari Daerah Belait, dan dilanjutkan pada hari-hari yang terpilih seterusnya.

MAJLIS KHATAMAL AL-QURA'AN 66 KALI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 66 TAHUN

04hb Ogos 2012 (Sabtu)
Bersamaan: 17hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan


Menghadiri bersama rombongan Pegawai Daerah Belait ke Istana Nurul Imam, Bandar Seri Begawan bagi menyaksikan Majlis tersebut. 
 

CERAMAH UGAMA MENJELANG SUNGKAI SEMPENA RAMADHAN ANJURAN SYARIKAT BRUNEI SHELL

31hb Julai 2012 (Selasa)
Bersamaan: 13hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait


Menghadiri Majlis Ceramah Ugama anjuran Syarikat Brunei Shell, penceramah khas daripada Pusat Dawaah Islamiah iaitu YM Ustaz Isham Bin Ismail



MAJLIS MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURA'AN BERAMAI-RAMAI 30 JUZ BAGI MUSLIMAH MASJID-MASJID DAERAH BELAIT YANG DIADAKAN DI MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN PADA 29 JULAI 2012M Bersamaan 09 RAMADHAN 1433H.

29hb Julai 2012 (Ahad)
Bersamaan: 9hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri Majlis Bertadarus Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Qur'aan beramai-ramai 30Juz, anjuran Muslimah, Masjid Kampong Sungai Teraban,



MAJLIS KHATAMAL AL-QURAAN BERAMAI-RAMAI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 66 TAHUN


26hb Julai 2012 (Khamis)
Bersamaan: 07hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait

Biro Wanita majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban ikut serta di Majlis Khatamal Al-Quraan beramai-ramai sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 66. Daerah Belait

PERTANDINGAN MUSABAQAH MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN BELIA


24hb Julai 2012 (Selasa)
Bersamaan: 05hb Ramadhan 1433H
Bertempat: Masjid Zainab, Kampong Lumut

Menghadiri Majlis Pertandingan Musabaqah Membaca Al-Quraan Belia, anjuran Jabatan Belia dan Sukan Kuala Belait yang diadakan di Masjid Zainab, Kampong Lumut Belait, Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Menteri di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah.