Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Wednesday 18 April 2012

DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA Dan MENARA TRLEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


16hb April 2012M (Isnin) / Bersamaan 24 Jamadilawal 1433H
Bertempat di Dewan Persidangan Jabatan Bandaran, Kuala Belait

Menghadiri Majlis DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA
Dan Dialog mengenai MENARA TRLEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar , Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam.

MESYUARAT POST MORTEM [ AKC] ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG


 09hb April 2012M ( Isnin) / bersamaan 17 Jamadilawal 1433H
Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

Mesyuarat khas post mortem mengenai dengan Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) peringkat kebangsaan kali ke 2 yang telah diadakan, dan sambutan Hari Keluarga 6/5/2012 (program dari Jabatan Daerah Belait). Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

JERAYAWARA PROGRAM SATU KAMPUNG SATU PRODUK


05hb April 2012M (Khamis) - Bersamaan 13 Jamadilawal 1433H
Menghadiri bersama YM. Awg Johari Bin Hassan Bendahari Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban [MPK]
Ke Jerayawara Program Satu Kampong Satu Produk bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Pandan , Kuala Belait.

ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG [AKC] PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 2 / 2012


31hb March 2012M (Sabtu) - bersamaan 08 Jamadilawal 1433H
Pusat Persidangan AntaraBangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Anugerah Kampung Cemerlang [AKC] Peringkat Kebangsaan Kali Ke 2, yangmana Kampong Sungai Teraban Kuala Belait hanya menerima saguhati di majlis tersebut melalui hasil usaha ahli Biro Wanita bagi menghasilkan produk satu kampung satu produk menghasilkan produk Snek-snek Ikan untuk di jadikan hasil sumbar utama Kampong Sungai Teraban.

MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN KERJA PEGAWAI DAERAH BELAIT YANG BARU


20hb March 2012M (Selasa) / 27 Rabiulakhir 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban
Menerima kunjungan lawatan kerja Pegawai Daerah Belait yang baru iaitu Yang Mulia Tuan Hj Harris berserta beberapa orang Pegawai Kanan di Jabatan Daerah Belait ke Kampong Sungai Teraban yang dialu-alukan oleh Ketua Kampong YM Md Mersidi Bin Hj Md Shara berserta Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta Biro Wanita.

OUTREACHED PROGRAMME BIRO WANITA KG SG TERABAN


15hb March 2012M (Khamis)/22 Rabiulakhir 1433H
Bertempat di Sekolah Rendah Sungai Teraban, Kuala Belait.Biro Wanita Kampong Sungai Teraban menyertai program bersama iaitu 'OUTREACH PROGRAMME' salah satu program yang dikendalikan oleh pihak Sekolah Rendah Sungai Teraban yangmana juga melibatkan ahli-ahli Biro Wanita Kampong Sungai Teraban bagi membuat jerayawaranya bagi mengenalkan dengan lebeh dekat lagi mengenai dengan program Satu Kampong Satu Produk mengenai produk cara-cara membuat Snek Ikan kepada penduduk Kampong Sungai Teraban yangmana ahli Biro Wanita memberikan taklimat dan saterusnya sesi soal jawap telah di adakan pada hari tersebut disamping berkesempatan untuk menjual hasil-hasil produk mereka.