Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Sunday 19 February 2012

MAJLIS PELANCARAN OUTREACH PROGRAMME SEKOLAH RENDAH SUNGAI TERABAN 19hb FEBRUARI 2012


Menghadiri Majlis Pelancaran Outreach Programme yang diadakan bertempat di Dewan Bilik Khutub Khanah  Sekolah Rendah Sungai Teraban, Kuala Belait, Tetamu Kehormat Majlis YM. Pengiran Yusof Bin Pengiran Haji Ismail [Penyelia Daerah] diantara yang hadir ialah Ahli Jawatankuasa PIBG dan penduduk Kampong Sungai Teraban, di antara aktiviti program pagi tersebut ialah Ceramah dan sessi soal jawab daripada Jabatan Perikanan, pameran,cabutan tiket bertuah,Penjualan buku-buku permainan bouncer.

Saturday 18 February 2012

MESYUARAT AJK PENYELARAS SUKANRIA PERPADUAN 2012 KE 2, 17/2/2012

Mengendalikan mesyuarat kali ke 2 Ahli Jawatankuasa kerja penyelaras aktiviti Sukanria Perpaduan kali ke 2 tahun 2012, Sampena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 28tahun, bertempat di Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Wednesday 15 February 2012

MAJLIS MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PADA: 12 FEB 2012

 Bersama-sama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban
Ketibaan rombongan daripada Penulong Pegawai Daerah Belait membawa Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam untuk diagih-agihkan kepada Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong Daerah Belait.

Majlis menaikkan bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 12hb Februari 2012 bertempat di kawasan lapang Menara Cendera Kenangan [MCK] Daerah Belait iaitu bersampena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 28 tahun bagi Daerah Belait.

MESYUARAT MENGADAKAN SUKANRIA PERPADUAN PADA: 10 FEB 2012


Mengadakan mesyuarat pertama bagi perlantikan jawatankuasa aktiviti SUKANRIA PERPADUAN 2012 Sampena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 28th/2012,mesyuarat diadakan bertempat Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait pada 10hb Februari 2012.

MESYUARAT SEMASA PENGAMBARAAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI PADA 03 FEB 2012

                                       Suasana pengambaraan RTB semasa mesyuarat dijalankan


                                             Biro Wanita AJK Majlis Perundingan Kampong


Mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong untuk perancangan tahun 2012 bertempat Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, yang di Pengerusikan oleh Ketua Kampong YM Md Mersidi Bin Hj Md Shara.

RTB MEMBUAT PENGAMBARAN TELEVISYEN LIVE RANCANGAN SELERA KAMPONG

        Ketua Kampong di temu duga oleh Radio Televisyen Brunei mengenai dengan Kg Sg Teraban

                               Jawatankuasa Biro Wanita ketika membuat demo memasak Snek Ikan

Membuat masakan Sayur Pucuk Pisang Masak Santan dan Umai dalam rancangan Radio Televisyen Brunei didalam rancangan 'Selera Kampong' pengambaran televisyen diadakan di Pondok Riadah, Kampong Sungai Teraban pada: 22hb Januari 2012


MENYERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI PADANG BANDARAN KUALA BELAIT 5hb FEBRUARI 2012
 
 
Ahli Jawatankuasa Tadbir serta ahli-ahli Persatuan SUTERA bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid/Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta penduduk-penduduk Kampong Sungai Teraban, yang di ketuai oleh Tuan Imam Hj Omarali Bin Hj Mohd Husain sama-sama  menyertai Perarakan Maulud Nabi Muhamad SAW. bertempat di Padang Bandaran, Kuala Belait.

PROSES PENJEMURAN HASIL SUMBAR TANGKAPAN MAKANAN LAUT


                                              Proses menjemur hasil ikan tangkapan laut

                                         Ikan-ikan yang dijempur untuk dibuat Snek-Snek Ikan

                                                                         Keropok Udang


PROSES PENJEMURAN HASIL SUMBAR TANGKAPAN MAKANAN LAUT

                                                Kerja-kerja menjemur ikan hasil tangkapan laut


Tuesday 14 February 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO WANITA MPK KG SG TERABAN


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait membincangkan bagi persediaan awal menghadapi Anugerah Kampong Cemerlang 2012.


Membincangkan sesuatu untuk persediaan terakhir

Kampong Sungai Teraban melalui Badan Jawatankuasa Biro Wanitanya telah berjaya masuk didalam pemilihan sebagai salah satu peserta untuk Anugerah Kampong Cemerlang bagi tahun 2012, yangmana melibatkan hasil produk satu kampong satu produk iaitu hasil pembuatan yang diperolehi daripada sumbar makanan laut (Ikan), yang dibuat dijadikan saperti Snek Ikan,Keropok Ikan dan produk-produk yang lain sebagai produk sampingan.
 

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN BALAI RAYA KG SG TERABAN

 
 Aktiviti membersihkan kawasan Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Ahli Jawatankuasa Biro Wanita juga turut serta didalam memberikan kerjasama bergotong-royong membersihkan kawasan Balai Raya tersebut yang telah diadakan pada: 15hb Januari 2012.

MESYUARAT AJK/MPK BAGI PERLANTIKAN JAWATAN MASING-MASING

Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban yang di Pengerusikan oleh YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara Selaku Ketua Kampong Sungai Teraban telah mengendalikan mesyuarat bagi perlantikan jawatan yang dijawat masing-masing, mesyuarat diadakan di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait pada : 12hb Januari 2012.

AKTIVITI PERTAMA TAHUN 2012 MEMBERSIHKAN KAWASAN PEMBUANGAN SAMPAH KG SG TERABAN


 Suasana tempat pelupusan pembuangan sampah yang tidak di angkat sejak beberapa hari oleh kerana kontraktor yang membuat pengambilan sampah-sampah tersebut adalah kontraktor yang baru berkhidmat.

            Diantara belia-belia yang bergotong-royong sama-sama membersihkan kawasan tersebut
Sampah-sampah yang berselerak dikumpulkan untuk di bakar kerana tong-tong sampah tidak mencukupi

Semangat bergotong-royong adalah salah satu kerja-kerja yang diutamakan dalam sesebuah pertubuhan

Foto salepas kerja-kerja pembersiha dijalankan.

Foto kenangan bersama-sama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta belia-belia dan penduduk Kampong Sungai Teraban yang telah sama-sama membersihkan kawasan tempat pembuangan sampah di Kampong Sungai Teraban.Pada: 2hb Januari 2012.

PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AJK/MPK BARU SESSI TAHUN 2012 - 2016


                                       Di antara penduduk Kampong Sungai Teraban yang hadir


                                                      Penduduk Kampong yang menghadiri.


Penghulu Mukim Belait di antara yang menghadiri majlis pembubaran Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong tersebut bersama Ketua Kampong dan beberapa Pegawai daripada Jabatan Daerah Belait yang mewakili Pegawai Daerah Belait.

Foto bersama Pegawai di Jabatan Daerah Belait dan Ketua Kampong Sungai Teraban, 
YM. Md Mersidi Bin Hj Md Shara.

Foto Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban yang telah dilantik untuk menerajui kepimpinan bersama Ketua Kampong Sungai Teraban bagi sessi tahun 2012 hingga 2016 
selama dalam tempoh 05 tahun.Majlis diadakan pada : 29hb December 2011.


Majlis malam tersebut telah di Pengerusikan oleh YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara Ketua Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait yangmana telah memberikan sedikit ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang lama yang telah memberikan kerjasama bagi sama-sama memajukan kampong tersebut, dalam pada itu juga wakil daripada Pegawai Daerah Belait juga berkesempatan memberikan ucapan di dalam majlis tersebut di akhir majlis tuan Imam Masjid Kampong Sungai Teraban, YM Imam Hj Omarali Bin Hj Md Husain telah membacakan Doa Selamat untuk majlis tersebut.

KURSUS TEKNOLOGI PEMPEROSESAN SERTA KEBERSIHAN & KESELAMATAN MAKANAN LAUT 20/21/22 DEC 2011

                                            Mendengar taklimat daripada Pegawai Perikanan

                                 Tunjuk ajar cara-cara memprosesan untuk membuat Keropok Ikan


                                                                  Membuat Bebola Ikan

                         Foto bersama beberapa orang Pegawai dan Kakitangan Pegawai Perikanan

                                foto kenangan peserta di dalam gudang memprosesan makanan laut.

 Bergambar kenangan peserta-peserta yang menyertai Kursus selama tiga hari bersama Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumbar-Sumbar Utama, Negara Brunei Darussalam.


Seramai 17 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong, Jawatankuasa Majlis Perundingan,ahli Persatuan SUTERA dan penduduk Kampong Sungai Teraban menyertai Kursus Pemperosesan serta kebersihan dan keselamatan makanan laut bertempat di Bangunan Jabatan Perikanan, Pekan Muara rombongan di ketuai oleh Ketua Kampong Sungai Teraban Yang Mulia Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara, kursus tersebut dibuat selama tiga berturut-turut yangmana meliputi penerangan mengenai dengan cara-cara kebersihan membuat dan memproses sumbar makanan daripada makanan laut, tunjuk ajar cara-cara membuat Filet Ikan,Bebola Ikan, Kek Ikan dan Keropok Ikan daripada sumbar makanan laut, disamping itu juga peserta berpeluang di bawa melawat ke salah sebuah tempat kilang perindustrian di Lambak Kanan iaitu PAKATAN yang di kendalikan oleh seorang peniaga tempatan, disana peserta diberikan taklimat dan soal jawab serta dibawa melawat kekilang tersebut, dan akhir majlis perpisahan telah diadakan di bangunan Jabatan Perikanan tersebut dengan majlis memberikan sedikit cenderahati kepada Pegawai Jabatan Perikanan.