Aktiviti Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Teraban /AJK Takmir Masjid/Jawatankuasa Biro Wanita MPK Kampung Sungai Teraban & Ahli Jawatankuasa Persatuan SUTERA
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.
Wednesday, 15 February 2012
PROSES PENJEMURAN HASIL SUMBAR TANGKAPAN MAKANAN LAUT
Kerja-kerja menjemur ikan hasil tangkapan laut
Tuesday, 14 February 2012
MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO WANITA MPK KG SG TERABAN
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait membincangkan bagi persediaan awal menghadapi Anugerah Kampong Cemerlang 2012.
Membincangkan sesuatu untuk persediaan terakhir
Kampong Sungai Teraban melalui Badan Jawatankuasa Biro Wanitanya telah berjaya masuk didalam pemilihan sebagai salah satu peserta untuk Anugerah Kampong Cemerlang bagi tahun 2012, yangmana melibatkan hasil produk satu kampong satu produk iaitu hasil pembuatan yang diperolehi daripada sumbar makanan laut (Ikan), yang dibuat dijadikan saperti Snek Ikan,Keropok Ikan dan produk-produk yang lain sebagai produk sampingan.
MESYUARAT AJK/MPK BAGI PERLANTIKAN JAWATAN MASING-MASING
Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban yang di Pengerusikan oleh YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara Selaku Ketua Kampong Sungai Teraban telah mengendalikan mesyuarat bagi perlantikan jawatan yang dijawat masing-masing, mesyuarat diadakan di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait pada : 12hb Januari 2012.
AKTIVITI PERTAMA TAHUN 2012 MEMBERSIHKAN KAWASAN PEMBUANGAN SAMPAH KG SG TERABAN
Suasana tempat pelupusan pembuangan sampah yang tidak di angkat sejak beberapa hari oleh kerana kontraktor yang membuat pengambilan sampah-sampah tersebut adalah kontraktor yang baru berkhidmat.
Diantara belia-belia yang bergotong-royong sama-sama membersihkan kawasan tersebut
Sampah-sampah yang berselerak dikumpulkan untuk di bakar kerana tong-tong sampah tidak mencukupi
Semangat bergotong-royong adalah salah satu kerja-kerja yang diutamakan dalam sesebuah pertubuhan
Foto salepas kerja-kerja pembersiha dijalankan.
Foto kenangan bersama-sama Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta belia-belia dan penduduk Kampong Sungai Teraban yang telah sama-sama membersihkan kawasan tempat pembuangan sampah di Kampong Sungai Teraban.Pada: 2hb Januari 2012.
PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AJK/MPK BARU SESSI TAHUN 2012 - 2016
Di antara penduduk Kampong Sungai Teraban yang hadir
Penduduk Kampong yang menghadiri.
Penghulu Mukim Belait di antara yang menghadiri majlis pembubaran Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong tersebut bersama Ketua Kampong dan beberapa Pegawai daripada Jabatan Daerah Belait yang mewakili Pegawai Daerah Belait.
Foto bersama Pegawai di Jabatan Daerah Belait dan Ketua Kampong Sungai Teraban,
YM. Md Mersidi Bin Hj Md Shara.
Foto Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban yang telah dilantik untuk menerajui kepimpinan bersama Ketua Kampong Sungai Teraban bagi sessi tahun 2012 hingga 2016
selama dalam tempoh 05 tahun.Majlis diadakan pada : 29hb December 2011.
Majlis malam tersebut telah di Pengerusikan oleh YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara Ketua Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait yangmana telah memberikan sedikit ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang lama yang telah memberikan kerjasama bagi sama-sama memajukan kampong tersebut, dalam pada itu juga wakil daripada Pegawai Daerah Belait juga berkesempatan memberikan ucapan di dalam majlis tersebut di akhir majlis tuan Imam Masjid Kampong Sungai Teraban, YM Imam Hj Omarali Bin Hj Md Husain telah membacakan Doa Selamat untuk majlis tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























