Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Wednesday, 15 February 2012

MESYUARAT MENGADAKAN SUKANRIA PERPADUAN PADA: 10 FEB 2012


Mengadakan mesyuarat pertama bagi perlantikan jawatankuasa aktiviti SUKANRIA PERPADUAN 2012 Sampena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 28th/2012,mesyuarat diadakan bertempat Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait pada 10hb Februari 2012.

MESYUARAT SEMASA PENGAMBARAAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI PADA 03 FEB 2012

                                       Suasana pengambaraan RTB semasa mesyuarat dijalankan


                                             Biro Wanita AJK Majlis Perundingan Kampong


Mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong untuk perancangan tahun 2012 bertempat Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, yang di Pengerusikan oleh Ketua Kampong YM Md Mersidi Bin Hj Md Shara.

RTB MEMBUAT PENGAMBARAN TELEVISYEN LIVE RANCANGAN SELERA KAMPONG

        Ketua Kampong di temu duga oleh Radio Televisyen Brunei mengenai dengan Kg Sg Teraban

                               Jawatankuasa Biro Wanita ketika membuat demo memasak Snek Ikan

Membuat masakan Sayur Pucuk Pisang Masak Santan dan Umai dalam rancangan Radio Televisyen Brunei didalam rancangan 'Selera Kampong' pengambaran televisyen diadakan di Pondok Riadah, Kampong Sungai Teraban pada: 22hb Januari 2012


MENYERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI PADANG BANDARAN KUALA BELAIT 5hb FEBRUARI 2012
 
 
Ahli Jawatankuasa Tadbir serta ahli-ahli Persatuan SUTERA bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid/Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta penduduk-penduduk Kampong Sungai Teraban, yang di ketuai oleh Tuan Imam Hj Omarali Bin Hj Mohd Husain sama-sama  menyertai Perarakan Maulud Nabi Muhamad SAW. bertempat di Padang Bandaran, Kuala Belait.

PROSES PENJEMURAN HASIL SUMBAR TANGKAPAN MAKANAN LAUT


                                              Proses menjemur hasil ikan tangkapan laut

                                         Ikan-ikan yang dijempur untuk dibuat Snek-Snek Ikan

                                                                         Keropok Udang


PROSES PENJEMURAN HASIL SUMBAR TANGKAPAN MAKANAN LAUT

                                                Kerja-kerja menjemur ikan hasil tangkapan laut


Tuesday, 14 February 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO WANITA MPK KG SG TERABAN


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait membincangkan bagi persediaan awal menghadapi Anugerah Kampong Cemerlang 2012.


Membincangkan sesuatu untuk persediaan terakhir

Kampong Sungai Teraban melalui Badan Jawatankuasa Biro Wanitanya telah berjaya masuk didalam pemilihan sebagai salah satu peserta untuk Anugerah Kampong Cemerlang bagi tahun 2012, yangmana melibatkan hasil produk satu kampong satu produk iaitu hasil pembuatan yang diperolehi daripada sumbar makanan laut (Ikan), yang dibuat dijadikan saperti Snek Ikan,Keropok Ikan dan produk-produk yang lain sebagai produk sampingan.
 

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN BALAI RAYA KG SG TERABAN

 
 Aktiviti membersihkan kawasan Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Ahli Jawatankuasa Biro Wanita juga turut serta didalam memberikan kerjasama bergotong-royong membersihkan kawasan Balai Raya tersebut yang telah diadakan pada: 15hb Januari 2012.