Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Wednesday, 18 April 2012

MESYUARAT POST MORTEM [ AKC] ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG


 09hb April 2012M ( Isnin) / bersamaan 17 Jamadilawal 1433H
Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

Mesyuarat khas post mortem mengenai dengan Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) peringkat kebangsaan kali ke 2 yang telah diadakan, dan sambutan Hari Keluarga 6/5/2012 (program dari Jabatan Daerah Belait). Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

JERAYAWARA PROGRAM SATU KAMPUNG SATU PRODUK


05hb April 2012M (Khamis) - Bersamaan 13 Jamadilawal 1433H
Menghadiri bersama YM. Awg Johari Bin Hassan Bendahari Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban [MPK]
Ke Jerayawara Program Satu Kampong Satu Produk bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Pandan , Kuala Belait.

ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG [AKC] PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 2 / 2012


31hb March 2012M (Sabtu) - bersamaan 08 Jamadilawal 1433H
Pusat Persidangan AntaraBangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Anugerah Kampung Cemerlang [AKC] Peringkat Kebangsaan Kali Ke 2, yangmana Kampong Sungai Teraban Kuala Belait hanya menerima saguhati di majlis tersebut melalui hasil usaha ahli Biro Wanita bagi menghasilkan produk satu kampung satu produk menghasilkan produk Snek-snek Ikan untuk di jadikan hasil sumbar utama Kampong Sungai Teraban.

MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN KERJA PEGAWAI DAERAH BELAIT YANG BARU


20hb March 2012M (Selasa) / 27 Rabiulakhir 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban
Menerima kunjungan lawatan kerja Pegawai Daerah Belait yang baru iaitu Yang Mulia Tuan Hj Harris berserta beberapa orang Pegawai Kanan di Jabatan Daerah Belait ke Kampong Sungai Teraban yang dialu-alukan oleh Ketua Kampong YM Md Mersidi Bin Hj Md Shara berserta Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong serta Biro Wanita.

OUTREACHED PROGRAMME BIRO WANITA KG SG TERABAN


15hb March 2012M (Khamis)/22 Rabiulakhir 1433H
Bertempat di Sekolah Rendah Sungai Teraban, Kuala Belait.Biro Wanita Kampong Sungai Teraban menyertai program bersama iaitu 'OUTREACH PROGRAMME' salah satu program yang dikendalikan oleh pihak Sekolah Rendah Sungai Teraban yangmana juga melibatkan ahli-ahli Biro Wanita Kampong Sungai Teraban bagi membuat jerayawaranya bagi mengenalkan dengan lebeh dekat lagi mengenai dengan program Satu Kampong Satu Produk mengenai produk cara-cara membuat Snek Ikan kepada penduduk Kampong Sungai Teraban yangmana ahli Biro Wanita memberikan taklimat dan saterusnya sesi soal jawap telah di adakan pada hari tersebut disamping berkesempatan untuk menjual hasil-hasil produk mereka.

Thursday, 15 March 2012

MENGHADIRI LAWATAN KELAB KEMBARA DARI LIMBANG KE KUALA BELAIT 101/3/2012


Kehadiran lawatan Kelab KEMBARA dari Limbang, Sarawak seramai 23 orang telah disambut ketibaannya oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait dan Majlis Belia Daerah Belait (MBDB) bertempat di Dewan Mini, Pusat Belia, Jalan Rambai Kuala Belait.Tujuan lawatan tersebut adalah bagi memperatkan lagi siratulrahim diantara kedua-dua buah negara yang berjiran dan bertukar-tukar pengalaman.rombongan telah di ketuai oleh Tuan Haji Salleh.

MENYERTAI KEMPEN MENDERMA DARAH PUSAT PERSIDANGAN JBT BANDARAN KUALA BELAIT 3/3/2012

Suasana di dalam dewan di mana kerja-kerja pengambilan darah-darah daripada penderma-penderma darah dilakukan
Ketua bahagian Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan,Kuala Belait ketika menyampaikan sijil-sijil penyertaan dan cenderahati kepada setiap penderma darah pada pagi tersebut.
Salah seorang ahli Biro Wanita Kampong Sungai Teraban dan juga ahli Persatuan SUTERA menyertai untuk menderma darah pada hari tersebut.

Lebeh kurang seramai dua ratus lebeh penderma yang telah menyertai kempen pagi tersebut Kempen Derma Darah secara beramai-ramai adalah salah satu projek tahunan Jabatan Belia dan Sukan pada tahun ini projek diungkayahkan bersama dengan Persatuan SUTERA dan Suri Seri Begawan Hospital (SSBH) Kuala Belait bagi kali yang ke 24tahun sampena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali yang ke 28tahun.