Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday, 1 January 2013

MESYUARAT AJK DAN BIRO WANITA KG SUNGAI TERABAN

15hb Jun 2012M (Jumaat)
25h Rejab 1433H
Bertempat : Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mesyuarat khas mengenai dengan persediaan dan aturcara bagi Majlis Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei  Darussalam di Kampong Sungai Teraban.

MESYUARAT AJK MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM PERTAMA

10hb Jun 2012M (Ahad)
Bersamaan: 20hb Rejab 1433H
Bertempat: Dewan Qiyadah, Pejabat Daerah, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim, Kuala Belait mengenai dengan perlantikan nama jawatan-jawatan dan tugas masing-masing yang akan dipegang oleh mereka yang telah dilantik sebelumnya sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Daerah Belait yang telah dilantik dahulu.

 

PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA OLEH PERSATUAN SUTERA

08hb Jun 2012M ( Jumaat)
Bersamaan: 18hb Rejab 1433H
Bertempat: Kampong Mumong, Kuala Belait.

Menghadiri bersama Jawatankuasa Persatuan SUTERA bagi majlis menyumbangkan sumbangan derma berupa barang-barang makanan dan minuman untuk disedekahkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal di Kampong Mumong, Kuala Belait, hadir bersama ialah beberapa orang Ahli Jawatankuasa dan Biro Wanita kampong Mumong.

MESYUARAT PEMBUBARAN & PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM KUALA BELAIT

31hb Mei 2012M (Khamis)
Bersamaan: 10hb Rejab 1433H
Bertempat : Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat pembubaran Ahli Jawatankuasa yang lama dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Daerah Belait yang baru, didalam mesyuarat tersebut beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban telah terlantik bagi menjawat sebagai Ahli Jawatankuasa.

MESYUARAT BERSAMA PEGAWAI DI JABATAN PENERANGAN, KUALA BELAIT

29hb Mei 2012(Selasa)
Bersamaan: 08 Rejab 1433bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mesyuarat bersama beberapa orang Pegawai dari Jabatan Penerangan, Kuala Belait mengenai dengan Majlis Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk-penduduk kampong Sungai Teraban, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

MESYUARAT BERSAMA BIRO WANITA (SATU KG 1PRODUK)

26hb May 2012M (Sabtu)
05hb Rejab 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mengendalikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Biro Wanita mengenai dengan persediaan membuat projek fish ball,nugget ikan dan kek ikan untuk program 1Kampong 1 Produk yang dihasratkan oleh kerajaan KDYMM Sultan, bagi tahun hadapan.

MESYUARAT MENGENDALIKAN HARI KELUARGA


26hb April 2012M ( Khamis)
Bersamaan 05hb Jamadilakhir 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat bersama Pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait mengenai dengan projek mengendalikan Sambutan Hari Keluarga peringkat Daerah Belait bertempat di Pusat Belia, Jalan Binga Rambai, Kuala Belait.