Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday, 1 January 2013

MESYUARAT PEMBUBARAN & PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM KUALA BELAIT

31hb Mei 2012M (Khamis)
Bersamaan: 10hb Rejab 1433H
Bertempat : Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat pembubaran Ahli Jawatankuasa yang lama dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim Daerah Belait yang baru, didalam mesyuarat tersebut beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban telah terlantik bagi menjawat sebagai Ahli Jawatankuasa.

MESYUARAT BERSAMA PEGAWAI DI JABATAN PENERANGAN, KUALA BELAIT

29hb Mei 2012(Selasa)
Bersamaan: 08 Rejab 1433bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mesyuarat bersama beberapa orang Pegawai dari Jabatan Penerangan, Kuala Belait mengenai dengan Majlis Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk-penduduk kampong Sungai Teraban, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.

MESYUARAT BERSAMA BIRO WANITA (SATU KG 1PRODUK)

26hb May 2012M (Sabtu)
05hb Rejab 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mengendalikan mesyuarat bersama Jawatankuasa Biro Wanita mengenai dengan persediaan membuat projek fish ball,nugget ikan dan kek ikan untuk program 1Kampong 1 Produk yang dihasratkan oleh kerajaan KDYMM Sultan, bagi tahun hadapan.

MESYUARAT MENGENDALIKAN HARI KELUARGA


26hb April 2012M ( Khamis)
Bersamaan 05hb Jamadilakhir 1433H
Bertempat : Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri mesyuarat bersama Pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kuala Belait mengenai dengan projek mengendalikan Sambutan Hari Keluarga peringkat Daerah Belait bertempat di Pusat Belia, Jalan Binga Rambai, Kuala Belait.


Wednesday, 18 April 2012

DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA Dan MENARA TRLEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


16hb April 2012M (Isnin) / Bersamaan 24 Jamadilawal 1433H
Bertempat di Dewan Persidangan Jabatan Bandaran, Kuala Belait

Menghadiri Majlis DIALOG MENGENAI CADANGAN DASAR BAGI TELEVISION RECEIVE (TVRO) / PARABOLA
Dan Dialog mengenai MENARA TRLEKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar , Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam.

MESYUARAT POST MORTEM [ AKC] ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG


 09hb April 2012M ( Isnin) / bersamaan 17 Jamadilawal 1433H
Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

Mesyuarat khas post mortem mengenai dengan Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) peringkat kebangsaan kali ke 2 yang telah diadakan, dan sambutan Hari Keluarga 6/5/2012 (program dari Jabatan Daerah Belait). Mesyuarat telah dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

JERAYAWARA PROGRAM SATU KAMPUNG SATU PRODUK


05hb April 2012M (Khamis) - Bersamaan 13 Jamadilawal 1433H
Menghadiri bersama YM. Awg Johari Bin Hassan Bendahari Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban [MPK]
Ke Jerayawara Program Satu Kampong Satu Produk bertempat di Dewan Serbaguna Kampong Pandan , Kuala Belait.