Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday, 1 January 2013

MAJLIS NISFU SYAABAN

4hb Julai 2012M (Rabu)
Bersamaan: 14hb Syaaban 1433H
Bertempat : Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri bersama di Majlis Nisfu Syaaban, salepas menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bertempat Masjid kampong Sungai Teraban.

MAJLIS PENGAGIHAN BUAH KURMA KURNIA PERIBADI KDYMM SULTAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 2012M

3hb Julai 2012M (Selasa)
Bersamaan: 13hb Syaaban 1433H
Bertempat : Dewan Cancelor Universiti Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan.

Menghadiri upacara majlis Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brinei Darussalam sempena sambutan Bulan Ramadhan tahun Mesihi 2012M.

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HUT KEPUTERAAN KDYMM SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 66 TAHUN /2012 BAGI DAERAH BELAIT, BERTEMPAT MENARA CENDERA KENANGAN KUALA BELAIT 1/JULAI/2012.

1hb Julai 2012M (Ahad)
Bersamaan: 11hb Syaaban 1433H
Bertempat : Menara Cendera Kenangan,Kuala Belait

Menghadiri Majlis Menaikan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke 66tahun. bagi Daerah Belait.
 
 





JUARA PERTANDINGAN MEMBACA AYAT-AYAT LAZIM SENEGARA

27hb Jun 2012M (Rabu)
Bersamaan: 07hb Syaaban 1433H
Bertempat : Masjid, Kampong Sengkurong, Bandar Seri Begawan

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait iaitu Dayang Liza Binti Hj Sahar yang mewakili daripada Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban telah mendapat Juara dipertandingan Membaca Surah dan Ayat-Ayat Lazim senegara yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid.

CERAMAH UGAMA SAMPENA SAMBUTAN ISRA' MI'RAJ 21/6/2012.

21hb Jun 2012M (Khamis)
01hb Syaaban 1433H
Bertempat : Masjid, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Menghadiri ceramah ugama di Masjid kampong Sungai Teraban, Kuala Belait, penceramah undangan daripada Pusat Dawaah Islamiah YM Tuan Ustaz Hj Zainal Abidin Bin Hj Awang Basar.





KEMPEN MENGIBAR BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

21hb Jun 2012M (Khamis)
01hb Syaaban 1433H
Bertempat : Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Majlis KEMPEN MENGIBAR BENDERA dan seterusnya Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada penduduk Kampong Sungai Teraban, sempena sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam ke 66tahun telah disempurnakan oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Haji Abidin, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di majlis tersebut lebeh dari lima puloh orang telah menerima Bendera Kebangsaan untuk dikibarkan dirumah masing-masing. hadir sama ialah Ahli Yang Berhormat AYB Tuan Hj Yussop Bin Hj Dulamin, Pegawai Daerah Belait dan Ketua Kampong Sungai Teraban 

MESYUARAT AJK DAN BIRO WANITA KG SUNGAI TERABAN

15hb Jun 2012M (Jumaat)
25h Rejab 1433H
Bertempat : Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Mesyuarat khas mengenai dengan persediaan dan aturcara bagi Majlis Pengagihan Bendera Kebangsaan Negara Brunei  Darussalam di Kampong Sungai Teraban.