Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Monday, 11 February 2019

MESYUARAT PERTAMA 2019 AJK MPK KG SG TERABAN PADA 04hb February 2019 (ISNIN) BALAI RAYA KG SG TERABAN


Mesyuarat bersama AJK MPK 2019 buat pertama kalinya di Pengerusikan oleh 
Pmk. Ketua Kampong yang baru tuan Zaini Bin Hj Kaderi.


yang turut hadir ialah AJK Biro Wanitanya Biro Perekonomian Pembuatan Snek Ikan dan Pembuatan Biskut serta Biro Perekonomian Pembuatan Fish Ball Kg Sg Teraban. 



Thursday, 31 January 2019

BERSAMA PEGAWAI DIJABATAN BAHAGIAN HIDUPAN LIAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Bersama beberapa orang Pegawai Di Jabatan Bahagian Hidupan Liar Negara Brunei Darussalam melawat kawasan rumah dimana mangsa kana gigit Buaya di Kampong Sungai Teraban beberapa minggu yang lalu Dayang Alam...(yang masih bertahan di Hospital HSSB/KB...)

Pegawai memasang perangkap berupa pancing untuk Buaya yang ditaruh umpan Ayam, umpan lama sudah tiada kana makan makanya hari ini umpan baru dipasang...semoga dengan adanya umpan baru Buaya tersebut dapat ditangkap....sebanyak dua tempat umpan ditaroh dikawasan pendalam Kg Sg Teraban dimana berhampiran kawasan mangsa dibaham Buaya tersebut.




Pegawai Hidupan Liar membuat perangkap Pancing berumpankan seekor ayam

Awang Keruak Suami kepada Dyg Alam menunjukkan tempat dimana isteri beliau diterkan oleh Buaya tersebut ketika isteri beliau memberikan makanan Buruh Puyuh yang berada didalam reban dibawah rumahnya.

PEMASANGAN PAPAN TANDA OLEH JABATAN BAHAGIAN HIDUPAN LIAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 'BAHAYA KAWASAN ADA BUAYA'

Pemasangan Papan Tanda 'BAHAYA KAWASAN ADA BUAYA' Di Kampong Sungai Teraban pada 31 Januari 2019 bertempat di kawasan Simpang 45 Kampong Sungai Teraban....





SELAMAT DATANG KE BLOG KG SG TERABAN...TAHUN 2019


AJK MPK KG SG TERABAN MENYERTAI PROGRAM 'KBku Ceria"

Pada 27.1.2019 (Ahad) MPK Kampong Sungai Teraban bersama AJK MPM Kuala Belait menyertai bersama salah satu program 'KBku Ceria' anjuran Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam bertempat di Tapak Taman Riadah Kuala Belait.


Bersama Tuan Penghulu Mukim Belait...Tuan Hj Pungut Bin Ali







Bersama AJK MPM Daerah Belait




Add caption

Monday, 7 January 2013

MENYERTAI EKSPO PERTANIAN BERTEMPAT DI JERUDONG PARK AMPTHEATRE.

18hb November 2012 (Ahad)
Bersamaan: 04hb Muharram 1434H
Bertempat: Jerudong Park Amptheatre, Bandar Seri Begawan.


Menyertai Ekspo Pertanian dengan menjual produk-produk keluaran Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait. 

KURSUS FARDHU KIFAYAH SMPW KUALA BELAIT

23hb November 2012 (Jumaat)
Bersamaan: 09hb Muharram 1434H
Bertempat: Dewan Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait.


Menghadiri bersama PIBG Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait bagi Kursus Fardhu Kifayah anjuran PIBG Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait, dalam 'Out Reach Programme' nya yang di adakan pada 23hb November 2012 bertempat di Dewan SMPW,, Pengrusus dalam program tersebut ialah Yang Mulia Tuan Imam Haji Ibrahim Bin Dollah.