Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday, 26 February 2019

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE 35Th 2019


Peserta rombongan daripada Warga Emas Daerah Belait yang ikut menyertai Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NegarBrunei Darussalam yang ke 35 tahun..

Monday, 11 February 2019

PENANGKAPAN BUAYA PADA 01 FEBRUARY 2019 (JUMAAT PETANG) DIKAWASAN SUNGAI KG SUNGAI TERABAN


Buaya sudah terperangkap oleh kail yang diberi umpan ayam sejak dua hari yang lalu


 Pegawai dari Jabatan Hidupan Liar BSB dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Kuala Belait berkerjasama menangkap buaya tersebut.



Kawasan dimana salah seorang warga emas perempuan (Dayang Alam) penduduk Kampong Sungai Teraban seminggu yang lalu telah diterkam buaya menyebabkan paha kiri beliau parah digigit buaya keadaan beliau masa ini masih ditahan didalam Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait, Alhamdulilah keadaannya stabil..manakala salah satu gigi buaya tersebut tersangkut dipaha korban.

MESYUARAT PERTAMA 2019 AJK MPK KG SG TERABAN PADA 04hb February 2019 (ISNIN) BALAI RAYA KG SG TERABAN


Mesyuarat bersama AJK MPK 2019 buat pertama kalinya di Pengerusikan oleh 
Pmk. Ketua Kampong yang baru tuan Zaini Bin Hj Kaderi.


yang turut hadir ialah AJK Biro Wanitanya Biro Perekonomian Pembuatan Snek Ikan dan Pembuatan Biskut serta Biro Perekonomian Pembuatan Fish Ball Kg Sg Teraban. 



Thursday, 31 January 2019

BERSAMA PEGAWAI DIJABATAN BAHAGIAN HIDUPAN LIAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Bersama beberapa orang Pegawai Di Jabatan Bahagian Hidupan Liar Negara Brunei Darussalam melawat kawasan rumah dimana mangsa kana gigit Buaya di Kampong Sungai Teraban beberapa minggu yang lalu Dayang Alam...(yang masih bertahan di Hospital HSSB/KB...)

Pegawai memasang perangkap berupa pancing untuk Buaya yang ditaruh umpan Ayam, umpan lama sudah tiada kana makan makanya hari ini umpan baru dipasang...semoga dengan adanya umpan baru Buaya tersebut dapat ditangkap....sebanyak dua tempat umpan ditaroh dikawasan pendalam Kg Sg Teraban dimana berhampiran kawasan mangsa dibaham Buaya tersebut.




Pegawai Hidupan Liar membuat perangkap Pancing berumpankan seekor ayam

Awang Keruak Suami kepada Dyg Alam menunjukkan tempat dimana isteri beliau diterkan oleh Buaya tersebut ketika isteri beliau memberikan makanan Buruh Puyuh yang berada didalam reban dibawah rumahnya.

PEMASANGAN PAPAN TANDA OLEH JABATAN BAHAGIAN HIDUPAN LIAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 'BAHAYA KAWASAN ADA BUAYA'

Pemasangan Papan Tanda 'BAHAYA KAWASAN ADA BUAYA' Di Kampong Sungai Teraban pada 31 Januari 2019 bertempat di kawasan Simpang 45 Kampong Sungai Teraban....