EKSPEDISI RIADAH KE WASAI BELULUK DAN WASAI TERAJA
DI MUKIM LABI, DAERAH BELAIT
Sampena cuti persekolahan tahun ini satu perancangan oleh Jawatankusa Majlis Perundingan Kampong Kampong Sungai Teraban dengan kerjasama Jawatankuasa Tamir Masjid dan Biro Wanita kampong tersebut telah membuat satu ekspedisi riadah ke Wasai Beluluk dan Wasai Teraja di Mukim Labi di Daerah Belait yang terletak di Mukim Labi, Rumah Panjang Teraja perjalanan dari Kuala Belait menuju ke Kampong Mukim Labi dan saterusnya ke Rumah Panjang Teraja memakan masa sekitar satu jam satengah dengan mengunakan sebuah Bas dari Jabatan Daerah Belait yang telah membawa peserta rombongan lebeh kurang dua puluh empat peserta yang terdiri daripada kumpulan dan ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong/Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid/Ahli Jawatankuasa Biro Wanita [MPK] dan belia-bellia Kampong Sungai Teraban dan ada sebilangan pesertanya mengunakan kenderaan sendiri,
Menjadikan semua perserta seramai tiga puluh orang, satelah tiba di Rumah Panjang Teraja dan sabelum memulakan perjalanan masok kedalam hutan semua peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan dengan diketuai oleh ketuanya masing-masing, mereka telah diberikan satu taklimat garis pandu keselamatan semasa didalam perjalanan dan bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Ketua Kampong Sungai Teraban Md Mersidi bin Hj Md Shara selaku Ketua Rombongan ekspedisi pada pagi tersebut, telah dipandu jalan oleh Awg Hj Ahmad bin Kula dan Awg Nasir bin Japar, mula-mula rombongan telah menuju ke Wasai Beluluk jarak perjalanan kesana memakan masa sekitar satu jam perjalanan dengan menempoh perjalanan yang sukar kerana perjalanan ke Wasai tersebut jarang dikunjungi oleh orang berbandingkan dengan Wasai Wong Kadir yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Satelah satu jam perjalanan barulah rombongan kami sampai ke Wasai beluluk, tempat jarang dikunjungi, tempat menarik ada air terjun yang tinggi tapi pada hari tersebut airnya tidak deras yang turun mungkin dihalangi oleh keadaan pokok-pokok maupun tanah runtuh disebelah atas anak bukit yangmana kalau dilihat kawasan bawah air terjun dipenohi dengan ranting-ranting kayu dan beberapa pokok yang telah tumbang menyebabkan kawasan Wasai Beluluk semak ini berkemungkinan akibat fenomena keadaan cuaca yang kebelakangan dulu hujan dan banyak terdapat keadaan tanah yang runtuh yang juga salah satunya melibatkan ditempat itu rombongan berhenti rehat dalam masa 30 minit sahaja makanya kami berpatah balek untok menuju ke Wasai Teraja didalam perjalanan ke Wasai Teraja kami terjumpa dengan beberapa orang pegawai Polis Hutan dan kami berterima kasih kepada mereka diatas kerjasama yang telah memberikan kami nasihat dan panduan, dengan adanya mereka ini Alhamdulillah kawasan hutan Negara kita akan terkawal lebeh-lebeh lagi yang difahami bahawa kawasan hutan Teraja tidak jauh dari kawasan sempadan negara jiran, jauh perjalanan menuju ke Wasai Teraja jaraknya lebeh kurang ke Wasai Beluluk tapi perjalanan sepanjang jalannya tidak begiu menyukarkan berbanding dengan kesukaran perjalanan sabelumnya .
Rombongan kami sampai ditempat tersebut lebeh kurang memakan masa sau jam perjalanan dari persimpangan Wasai Beluluk, kerana perjalanan masok dari Rumah Panjang Teraja untok masok kedua-dua Wasai itu ada dua persimpangan sama ada kita untok masok ke Wasai Teraja atau ke Wasai Beluluk.
Kawasan di Wasai Teraja keindahanya sangat menarik walaupun kawasan tidak seberapa besar dimana disana terdapat jua kawasan air terjun yang begitu deras turun airnya dan terasa amat sejuk sekali walaupun kami berada ditempat itu sudah tengahari.
Disepanjang masa kami berehat disana kami tidak membuang peluang mengambil foto-foto yang menarik disamping ada mereka yang mandi, juga dikawasan disekiling tempat tersebut ditumbuhi dengan pokok-pokok anggerek hutan yang brmacam-macam yang kami suka sekali ialah terdapatnya sepisis rama-rama yang jarak dan tidak dilihat diluar yang berwarna-warni berterbangan dikawasan tersebut.
kami berehat disana lebeh kurang mengambil masa satu jam satengah saperti lazimnya sabelum bertolak sekali lagi doa selamat dibaca, didalam perjalanan balik salah seorang peserta telah mengalami kedua-dua sakit kaki kejang otot Alhamdulilah bersama didalam rombongan kami ada salah seorang pegawai Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei dan juga dibantu oleh Polis Hutan yang secara kebetulan ada disana untok memberikan rawatan sahingga sembuh, kami telah selamat keluar dari dalam hutan Teraja menuju ke Rumah Panjang Teraja dan menaiki bas untok balik ke Kuala Belait.
No comments:
Post a Comment