Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.
Showing posts with label foto by Ramli Bin Hj Chi. Show all posts
Showing posts with label foto by Ramli Bin Hj Chi. Show all posts

Saturday, 14 May 2011

LAWATAN BIRO WANITA MPK KG PUNI & KG UJONG JALAN, TEMBURONG PADA 13 5 2011

Memperkenalkan produk-produk keluaran Biro Wanita MPK Kampong Sungai Teraban kepada pelawat daripada Biro Wanita Daerah Temburong.

Produk Kampong dari Biro Wanita Kg Sg Teraban saperti Snek Ikan/Ikan Masin/Dodol/kueh-kueh Kering/Ikan-Ikan Kering/Sesagun Biskut beraneka rasa dan sebagainya.

Menerima cendera hati daripada Ketua rombongan pelawat daripada Biro Wanita Daerah Temburong yang diterima oleh Ketua Biro Wanita Kampong Sungai Teraban Dyg Noreliena Bte Abdullah.


Bergambar kenangan beramai-ramai bersama Biro Wanita Daerah Temburong dengan Biro Wanita Kampong Sungai Teraban bersama-sama dengan Ketua Kampong Sungai Teraban YM Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara bertempat di Pusat Aktiviti Produk kampong di Balai Raya, Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

Friday, 6 May 2011

MENYERTAI BAZZAR JUALAN HASIL PRODUK MUKIM DAN KAMPONG 6 MEI 2011


Bersama-sama Ketua Kampong Sungai Teraban YM. Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara.


Suasana gerai Biro Wanita Kampong Sungai Teraban yang menyertai jualan Bazzar jualan produk Mukim dan Kmpong bertempat di kawasan letak kereta Soon Lee Mega Mart Pandan Tujuh, Kuala Belait Bazzar pada hari tersebut telah dirasmikan oleh tuan Pegawai Daerah Belait, Bazzar jualan tersebut telah diadakan selama 03 hari berturut-turut.

Monday, 2 August 2010

PAMERAN DAN JUALAN PRODUK KAMPONG DAERAH BELAIT 31.7.2010

PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM 25 JULAI 2010







MUSLIMAH MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN
Menyertai Pertandingan Dikir Syarafil Anam telah mendapat tempat ketiga
Tahniah diucapkan.

Pertandingan Dikir Syarafil Anam telah diungkayahkan oleh Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan PESTA 2G dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kuala Belait dan Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait Ianya adalah salah satu aktiviti persatuan sampena meraikan sambutan Hari Puja Usia KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 64th bagi Daerah Belait tahun 2010. Seramai empat pasokan telah menyertai Pertandingan tersebut yang di adakan bertempat di Pentas, Taman Pesiaran Kuala Belait, Tetamu Kehormat majlis ialah Puan Siah Binti Hj Kasim isteri Pegawai Daerah Belait, turut hadir sama bagi menyempurnakan hadiah-hadiah pemenang ialah Ketua Pejabat Tanah, Kuala Belait Puan Zarina binti Abu Adenan.

Friday, 30 July 2010

KEMPEN MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN







Kempen membersihkan kawasan Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait 13hb Jun 2010
melibatkan Jawatankuasa Takmir Masjid/Jawatankuasa MajlisPerundingan Kampong /Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan PESTA 2G serta Penduduk Kampong Sungai Teraban yang berugama Islam.

Friday, 25 June 2010

BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN LUAGAN KG SG TERABAN









BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN TAPAK LUAGAN KAMPONG SUNGAI TERABAN YANG AKAN DI BUAT SEBAGAI TEMPAT UNTUK AKTIVITI MEMANCING DAN BERIADAH KERJA PEMBERSIHAN PADA 25HB jUN 2010.