Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Friday, 11 February 2011


MAJLIS PENYERAHAN CENDERAMATA KEPADA KETUA KAMPONG SUNGAI TERABAN.


Majlis tersebut telah diadakan di Balai Raya Kampong Sungai Teraban, kuala Belait oleh Jawatankuasa penuntut dan guru Sekolah PTE Katok, Bandar Seri Begawan, kerana mendapat Johan pertandingan membuat perancangan projek kerja bagi penyelidikan pembangunan Kampong Sungai Teraban, yangmana projek kertas kerja sekolah tersebut telah mendapat tempat Pertama seluruh negara.

Penyampaian cenderamata berupa satu set alat Cordless Microphone dan 2set foto kerja-kerja mereka.Majlis tersebut diadakan pada: 04hb Februari 2011.

KURSUS FARDHU KIFAYAH MUSLIMAH MASJID KG SG TERABAN

Mengadakan Kursus Fardhu Kifayah yang dianjurkan oleh Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban, bagi mengendalikan cara-cara penyempurnaan jenazah bertempat Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait pada: 13hb Januari 2011.

LAWATAN KERJA PUTERI DIRAJA KE DAERAH BELAIT

Lawatan kerja YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI AZEMAH NI'MATUL BOLKIAH DAN YTM PADUKA SERI PENGIRAN ANAK PUTERI FADZILAH LUBABUL BULQIAH ke daerah Belait, bertempat di Dewan Serba Guna Kampong Pandan pada 18hb April 2009, foto kenangan bersama jawatankuasa  Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait.

Monday, 2 August 2010

PAMERAN DAN JUALAN PRODUK KAMPONG DAERAH BELAIT 31.7.2010

PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM 25 JULAI 2010







MUSLIMAH MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN
Menyertai Pertandingan Dikir Syarafil Anam telah mendapat tempat ketiga
Tahniah diucapkan.

Pertandingan Dikir Syarafil Anam telah diungkayahkan oleh Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan PESTA 2G dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kuala Belait dan Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait Ianya adalah salah satu aktiviti persatuan sampena meraikan sambutan Hari Puja Usia KeBawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 64th bagi Daerah Belait tahun 2010. Seramai empat pasokan telah menyertai Pertandingan tersebut yang di adakan bertempat di Pentas, Taman Pesiaran Kuala Belait, Tetamu Kehormat majlis ialah Puan Siah Binti Hj Kasim isteri Pegawai Daerah Belait, turut hadir sama bagi menyempurnakan hadiah-hadiah pemenang ialah Ketua Pejabat Tanah, Kuala Belait Puan Zarina binti Abu Adenan.