Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday, 14 February 2012

KURSUS TEKNOLOGI PEMPEROSESAN SERTA KEBERSIHAN & KESELAMATAN MAKANAN LAUT 20/21/22 DEC 2011

                                            Mendengar taklimat daripada Pegawai Perikanan

                                 Tunjuk ajar cara-cara memprosesan untuk membuat Keropok Ikan


                                                                  Membuat Bebola Ikan

                         Foto bersama beberapa orang Pegawai dan Kakitangan Pegawai Perikanan

                                foto kenangan peserta di dalam gudang memprosesan makanan laut.

 Bergambar kenangan peserta-peserta yang menyertai Kursus selama tiga hari bersama Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumbar-Sumbar Utama, Negara Brunei Darussalam.


Seramai 17 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Biro Wanita Majlis Perundingan Kampong, Jawatankuasa Majlis Perundingan,ahli Persatuan SUTERA dan penduduk Kampong Sungai Teraban menyertai Kursus Pemperosesan serta kebersihan dan keselamatan makanan laut bertempat di Bangunan Jabatan Perikanan, Pekan Muara rombongan di ketuai oleh Ketua Kampong Sungai Teraban Yang Mulia Awg Md Mersidi Bin Hj Md Shara, kursus tersebut dibuat selama tiga berturut-turut yangmana meliputi penerangan mengenai dengan cara-cara kebersihan membuat dan memproses sumbar makanan daripada makanan laut, tunjuk ajar cara-cara membuat Filet Ikan,Bebola Ikan, Kek Ikan dan Keropok Ikan daripada sumbar makanan laut, disamping itu juga peserta berpeluang di bawa melawat ke salah sebuah tempat kilang perindustrian di Lambak Kanan iaitu PAKATAN yang di kendalikan oleh seorang peniaga tempatan, disana peserta diberikan taklimat dan soal jawab serta dibawa melawat kekilang tersebut, dan akhir majlis perpisahan telah diadakan di bangunan Jabatan Perikanan tersebut dengan majlis memberikan sedikit cenderahati kepada Pegawai Jabatan Perikanan.

KUNJUNGAN LAWATAN DARI BIRO WANITA KG SINAUT 17/12/2011

Menerima kunjungan lawatan sambil belajar sekumpulan Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Jawatankuasa Biro Wanita, Majlis Perundingan Kampong Sinaut ke Pusat Aktiviti Satu Produk Satu Kampong, bertempat Balai Raya Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Friday, 18 November 2011

PESTA MEMANCING ANJURAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM DAERAH BELAIT PADA 13 11 2011

     Jabatan Radio Televisyen Brunei membuat rakaman suasana Pesta Memancing pada pagi tersebut.

                               foto suasana memancing di Sungai Belait, Kampong Sungai Teraban.

 
       Diantara penduduk Kampong yang ikut meramaikan temasya Pesta Memancing pada hari tersebut

                                       Peserta memancing mencuba nasib mereka masing-masing

Pegawai di Pusat Pengajian Islam yang menganjurkan Pesta Memancing pada hari tersebut juga turut mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung di Pondok Riadah, Kampong Sungai Teraban.

LAWATAN PESERTA BENGKEL PRODUK KAMPONG BERSAMA MR ASAKI SHOICHI DARI JEPUN

Wakil daripada Biro Wanita Kampong Sungai Teraban Dyg Normah Bte Hj Md Alli menerangkan sesuatu kepada pihak Radio Televisyen Brunei mengenai dengan hasil produk-produk Kampong Sungai Teraban.

Diantara peserta-peserta yang mengikuti rombongan tersebut iaitu daripada Biro Wanita seluruh negara yang telah menyertai Kursus Bengkel Satu Produk Satu Kampong selama 09 hari iaitu di Bandar Seri Begawan, dalam rangka lawatan sambil belajar dan bertukar-tukar pengalaman mengenai usaha masing-masing.

Tuan Asahi Shoichi daripada Jepun menerangkan sesuatu kepada jurubahasa beliau untuk disampaikan kepada Biro Wanita Kampong Sungai Teraban, yang diperhatikan oleh beberapa orang pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ketika membuat kunjungan ke Pusat Aktiviti Kerja, Balai Raya Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait.

                                                  Menerangkan sesuatu kepada Biro Wanita

Bergambar kenangan dengan kumpulan Biro Wanita Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait bersama tuan Asahi Shoichi dari Jepun, Penghulu Mukim Belait dan Ketua Kampong Sungai Teraban.pada 17/11/2011.

MAJLIS BERDIKIR BIRO WANITA KG SG TERABAN 11 11 2011

                                 Kumpulan Dikir Biro Wanita Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait

        Suasana majlis berdikir bertempat di salah sebuah keluarga ahlinya yang melangsungkan perkahwinan

                                         Bergambar ramai kenangan dengan pasangan pengantin.



IBADAT KORBAN DAN AQIQAH MASJID KG SG TERABAN 1432H/2011M. 7Nov 2011


Menumbangkan binatang Korban seekor Kerbau untuk di sembeleh di pekarangan kawasan Masjid Kampong Sungai Teraban, pada pagi Hari Raya Aidil Adaha salepas menunaikan Sembahyang Sunat Aidil Adaha 1432H.

Doa selamat di bacakan oleh Tuan Imam, Hj Omarali bin Hj Md Husain, Imam Masjid Kampong Sungai Teraban.bersama-sama ahli jawatankuasa dan penduduk Kampong.

                                                 Suasana penyembelehan binatang Korban

Muslimah Masjid bergotong royong mengerjakan daging-daging korban untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin dan penduduk kampong yang ada.Pada tahun ini sebanyak 03 ekor Kerbau telah di Korban dan di Aqiqahkan.Majlis diungkayahkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dengan kerjasama Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong, Muslimah Masjid, Jawatankuasa Persatuan SUTERA, Jemaah-Jemaah Masjid serta penduduk Kampong Sungai Teraban yang terlibat mengungkayahkanya.