Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday 9 June 2009

PESERTA KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
















PERADUAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH DAN AYAT-AYAT LAZIM
anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban dengan mengikut jadual acara aktiviti tahunan sekali lagi pada tahun ini mengadakan peraduan membaca surah Al-Fatihah dan ayat-ayat lazim khususnya bagi kanak-kanak yang belajar membaca Muqadaam setiap minggu di masjid tersebut seramai 20 orang kanak-kanak lelaki yang mengambil bahagian pada malam tersebut, disamping itu juga satu lagi peraduan dijalankan dihari yang sama iaitu bagi peraduan membaca ayat-ayat lazim bagi kategori belia remaja lelaki dan perempuan 12tahun keatas dan seramai 30 orang peserta yang telah menyertai, sabelumnya satu persembahan bacaan Al-Quraan telah dipersembahkan oleh Dyg Nursyukriah bte Hj Omarali manakala tafsiranya telah dibaca oleh Awg Ishak bin Ahmad bagi johan kategori kanak-kanak lelaki telah dimenangi oleh Awg Mohd Rahmat bin Roslan manakala bahagian perempuan dimenangi oleh Dyg Noridah bte Abdullah Kifli

Bagi kategori belia remaja dimenangi oleh oleh Dyg Nursalwana binti Kamidi sabelum penyampaian hadiah pemenang majlis diserikan lagi dengan persembahan Dikir Asma Ul-Husna oleh kaum Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban yang diketuai oleh Dyg Siti Radiah bte Hj Omarali semua pemenang dan peserta yang menyertai telah menerima hadiah-hadiah pemenang masing-masing yang telah disampaikan oleh Awang Md Mersidi bin Hj Md Shara Ketua Kampong Sungai Teraban, Kuala Belait

No comments:

Post a Comment