Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 35 tahun.

Tuesday 9 June 2009

PERADUAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH & AYAT QURSI KATEGORI LELAKI DAN PEREMPUAN DEWASA MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN





















































PERTANDINGAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH DAN AYAT QURSI

BAGI JEMAAH MUSLIMAH DAN LELAKI DEWASA
MASJID KAMPONG SUNGAI TERABAN
Anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Teraban

Dengan adanya perancangan program aktiviti-aktiviti dan peraduan-peraduan yang diadakan bagi tujuan untok mengimarahkan takmir masjid alhamdulilah sekali lagi dengan adanya kesepakatan dan kemuafakatan ahli jawatankuasa aktiviti tahunan Masjid Kampong Sungai Teraban,Kuala Belait telah dapat mengadakan sekali lagi aktivitinya bagi peraduan membaca Surah Al-Fatihah dan Ayat Qursi bagi pendudok kampong dan khususnya jemaah Masjid kampong tersebut yang dibukakan khususnya kepada warga emas dan jemaah muslimah dan jemaah lelaki seramai 20 orang peserta telah menyertai peraduan malam itu dan bagi menyerikan lagi majlis malam itu Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid telah mengundang salah seorang peserta iaitu Johan Pertandingan Akhir Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran Secara Muratal & Berlagu Antara Masjid-Masjid Seluruh Daerah anjuran Kelas Dewasa Haflahal Muslimin dibawah Jabatan Pengajian Islam Negara Brunei Darussalam iaitu Dyg Hajah Radiah Nila binti Amit bagi mempersembahkan bacaan beliau, juga termasok yang membuat persembahan ialah dari belia-belia Masjid Kampong berkenaan untok
mempersembahkan Dikir Munajat.

Pemenang diperaduan Membaca Surah Al-Fatihah dan Ayat Qursi malam itu kategori jemaah Muslimah telah dimenangi oleh Dayang Norliza bte Hj Sahar manakala bagi kategori jemaah lelaki dimenangi oleh Awang Ishak bin Ahmad, di majlis penutup bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Bilal Awang Shahirwandy bin Samsudin.

No comments:

Post a Comment